Tuesday, July 3, 2012

Pancaroba

Assalamualaikum :)

Tgk entry yg lama,mak ahhh,lama beno aku tk menaip *kisah pulak kann =..= hmm,alhamdulillah,apa yang mampu aku katakan ialah,aku masih mampu menghadapi semua yang telah tertulis :) entry yang lama aku cite psl betapa cuak tak terkatanya aku bila menanti peperiksaan besar,dan skrg,aku tgh cuak gilaa utk menghadapi zaman 18 tahun aku yg sekarang sudah dikecapi.

Semua orang telah ditetapkan hidupnya oleh Allah.ujian yang diberikan olehNya sudah diukur sejauh mana kemampuan untuk dihadapi.macam aku,selepas satu satu ujian yang telah aku hadap,semuanya mengajar aku erti kekuatan *wahh,bunyi melankolik.tapi itu kenyataan!

Alhamdulillah,aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan berfiikir lebih jauh dalam menentukan halatuju hidup.hidup hanya sekali sooo,kita Enjoyy! enjoy enjoy jugakkk,ibadah jgn lupa :)

Alhamdulillah jugak sebab,aku masih punya ibu bapa,ahli keluarga,sahabat handai dan tidak lupa juga kekasih Haha =..= mereka semua nilah penyebab aku masih mampu meneruskan kehidupan.tiada mereka,siapa lah aku *cewahhh.

Sayyyyyyyyyyyyyyyy,Thank You Allah :)






Jangan salahkan takdir kerana itu telah ditetapkan oleh yang Kuasa :) mungkin rezeki kita sedang menunggu kita jadi apa yang perlu kita lakukan ialah sabooooo :) Allah tahu ape yang terbaik untuk kita.renung renungkan dan selamat beramal :)

Monday, November 7, 2011

SPM LAGI SEMINGGU BEBBBBBBBB!

Assalamualaikum :) Seminggu je tinggal untuk ke SPM. Sangat sekejap dirasainya. Ya Allah,tolong la hambaMu ini :') Doakan kejayaan kami semua,supaya apa yang di belajar selama ini dapat dikeluarkan. Bercampur aduk perasaanku pada ketika ini. Hendak lelap seketika,harus difikir dua kali,hendak makan,selera pergi,hai apa kan daya,cewahhhh,gituuuuu.Apa yang diharapkan ialah,doa dan restu drpd ibu dan ayah turut ahli keluarga yang tersayang :) xoxo Semoga usaha yang digemblengkan terhasil dgn kejayaan. Selamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia :)

May Allah bless all of us <3

Friday, October 21, 2011

Berapa hari kah tinggal?????????

Assalamualaikum :) Mungkin anda sekalian tertanya tanya apakah yang ingin dikongsikan bersama menganai tajuk di atas!? Tak payah tertanya tanya dah,sudah terang lagi bersuluh,SPM laaaa,apa lagi. Tambah,tolak,bahagi,darab,square root,cube root semua tinggal 2 minggu je lagi bebbbbbbb! Waaaa,gituuuu. Ni haaa,budak pompuan sorang ni liattttttt lagi nak pegang buku! Apa nak jadi nihhhhh! xD Saya pun tak tau kenapa makin malas. Saya nak berjaya tapi..... Tapi apa kejadahnya! Pegi sana hadap buku! Tu diaaaaa. Semua manusia yang dilahirkan pada tahun 1994,pada tahun 2011 ini,mereka semua akan menduduki SPM! Termasuk la saya :(

Sangat perit untuk saya laluinyaaa memandangkan pertama,SPM yang bakal dihadapi,yang kedua,sejurus SPM tamat,saya berkemungkinan besar akan terus ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),yang ketiga,sesudah saja tamat,saya tidak akan menetap di kediaman saya sekarang ini.Sangat memeritkan memandangkan saya terpaksa meninggalkan segala gala nya di sini,termasuk la,si manis hati saya sorang yang genius tuuuu :/ Hmmm. Tidak mengapalah,pasti ada jalan untuk saya bersama dgn mereka yang tersangat la saya sayanggg <3

 Kami wira wirawati negara! Haha

Yehaaaaaaaaaaaaaaa!

Mungkin,ada hikmah disebalik yang maha kuasa turunkan ke atas saya :) Doakan kejayaan saya untuk SPM dan untuk masa hadapan saya  yang diharapkan secerah Nur :) Amin~

May Allah bless all of us :) <3

Sunday, July 31, 2011

Happy ramadhan everyone :)

Assalamualaikum :) Esok puasa wehhhh! ya Allah,copet beno oden raso,raso mcm baru masuk tahun baru ajo.Pojam colik pojam colik dah pose.Tu la die,kalau kita ni perasan,masa yang mengejar kita,bukan kita yang kejar,jadi guna kan masa anda sebaik mungkin :) Disini,saya mengucapkan,Selamat Ramadhan Al-Mubarak :) puasa weh,jangan tak puasa!

Takut wehhhh,takut wehhh!
 Apa yang hang takutttt?!
   Lepas raya weh,lepas raya!
     Apa lepas raya?!
       Seminggu weh seminggu je wehh!
         Apa hang ni,nak kena terajang!Apehal dgn seminggu?!
           Percubaan weh percubaan weh!
             Buang tebiat apa hang ni? percubaan apa?!
               Nampak sgt hang ni tak tau! SPM wehhhhh,PERCUBAAN SPM!
                 Gila hang!?!

Tu diaaa,tak peka.Jadi orang,jadi lah orang yang peka yaa :) Ya,betul.lepas raya kita akan menghadapi satu pra-peperangan :( Memang perfect timing diorang buat tarikh,lepas seminggu kita beraya wehhhh! Memang tak tenteram lah aku makan ketupat nanti :( nasib nasib :/ tak pelah,semua orang pernah kan :) Whatchill je :) Lagi sebulan je nak belajar untuk cover semua chapter untuk percubaan,tapi rasanya makin malas nak belajar! Nauzubillah,apa hang ni?! Tapi kan,mmg betul pun,makin nak periksa,makin malas! Jadi,sebagai pelajar yang bakal menerajui negara ini,marilah kita melawan MALASS! Kah kah kah :B Mari belajar rakan rakan :) Raya tahun ni spesel sikit,sebab sambut Merdeka sekali :) Mesti macam kabut kan?! Nantikan...

Disini saya lagi sekali,mengucapkan,Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat mengulangkaji pelajaran rakan rakan :)


Maaf,muka tak ikhlas Hehe



Thanks to you because come in life :) <3

Saturday, June 18, 2011

MELAKA WEH MELAKAAA

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) Waaaaa,sudah lama tidak berbelog. Sibuk mengusha belog org,belog sendiri tk terushaaa = =' heh Jadi,Rabu lepas ,5 Jujur and 5 Kreatif pergi ke MELAKA :/ hmm,nmpk mcm best kan? tpi ,indah khabar,dari rupa. 2 jam sahaja diperuntukkan untuk kami ke ALAM(Akademi Laut Malaysia). Ke Melaka pun hanya lah,melawat ke ALAM.hampeh = =' Ini dia beberapa gambar yg sempat di rakam semasa di sana :/

Umi dan Wan <3

Hakimah dan Umi <3

again<3

Fatin dan Bah <3

Dari jauh je boleh tgk :/

Sarah<3

Umi dan Naza <3

Danial = ='

= ='

Fatin<3

ALAM :/

Rombongan Cik Mah :p

Ramai gila abg abg hensem,tpi tk sempat nak amik gmbr mereka sbb dah terpukau ngehehehe tapi series,bnyk gila yg hensem! Cair makk nokkk! Tpi sygnyeee,mereka somnbong.Tpi entahlah :/tapi tapi masa sesi bergambar kat atas,saya di sebelah abg ALAM <3 lihat gmbr ni;

tu tu tu yg ade anak panah 3 cabang tuu heh

Jadi,lepas tuu,semua balik lah kan. Bosan gilaaaa! Untuk menghilangkan rasa bosan kiteorg semua dan tak nak mengecewakan perjalanan kami ke Melaka,cikgu cikgu bawak kiteorg pegi PD :D heh buatpe kat sana? apa lagi,amik gmbr laaaa.apa lagii. Tapi beberapa budak lelaki kelas Jujur,pegi naik Banana boat. Best pulakkk! Maaf,gambar tidak diperuntukkan :D tapi gambar saya syok sendiri ada.Nak tgk nak tgk?! heh,perasan -_____-'







Kesimpulannya,best la gak,sebab dgn budak budak kelas kan. Tu yg mcm best tuuu. Jadi,semoga seronok pada masa akan dtg jika menyertai rombongan Cik Mah lagi :)
Assalamualaikum :D


Mole Hensem :) less than three :)
p/s:Mari belajar bersama :)


Tuesday, March 8, 2011

Jangan main makan jeee

Assalamualaikummm kum ape kumbang bang ape bangang Hehe adik gurau jeee ==' Apa khabar? Semoga sihat sihat sahaja yeaaa. Sesuatu yang tidak disangka terjadi hari ni...

Selasa,8 March 2011-Seorang murid yang berketinggian 5 kaki,berbandan agak berisi telah mengalami gastrikk.Kejadian berlaku pada waktu bahasa melayu kira kira pada pukul 9.10 a.m-10.00.Dia seterusnyaa memberitahu rakannya,yang berketinggian 7 kaki setengah,berbandan sangat kurus. Rakannya itu dia ajak untuk keluar untuk menghirup udara segar. Walaubagaimanapun,perkara itu sebaliknya tidak mendatangkan kebaikan ke atas dirinya sebaliknyaa,perutnya semakin sakit. Kawan tersebut mengambil keputusan dan menyuruhnya menahan gastrik dan menunggu waktu rehat.
Sewaktu rehat,pesakit ini tidak makan.Dia hanya mencuit sahaja makanan kerana tiada selera.Dia mengagahkan dirinya dan mengagahkan dirinya berjalan ke suarau di mana kelas mereka harus ke surau.Jadi dia hanya duduk menyandar di tepi diding dengan melihat sekelilingnya tanpa rasa berminat langsung. Akhirnya,kawan sekelasnyaa menanyakan soalan kpd rakan yang duduk bersebelahan dengannyaaa 


Perbualan antara rakan yg duduk bersebelahannya dan rakan sekelas:
'Weh,asal dgn dia?'
'Oh,dia gastrik'
'Eh,ak ade ubat tahan sakit.Tanya dia,dia nak tak.Mana tau dpt mengurangkan sakit dia ke??'
'Jap,ak tanya.'
Perbualan antara pesakit dan rakannya:
'Weh,kau nak ubat tahan sakit tak?'
'Ubat tahan sakit? Haaa,boleh laa,asalkan dpt hilangkan sakit aku ni!'
'Ok'


Perbualan  antara rakan yg duduk bersebelahannya dan rakan sekelas:
'Haaa,dia nak'
'Jap aku amik'
Selepas ituu,pesakit tersebut diberi ubat tahan sakit dan memakannyaa.Setelah beberapa jam kemudian,satu perubahan telah berlaku ke atas pesalit tersebut.


Perbualan antara pesakit dan rakannya:
'Weh,kenapa dgn mata aku?'
'Haah laa,asl dgn mata kau?'
'Aku tak tau.Bengkak kan?'
'Haah laa,mcm kena ketumbit jee'
'Yeke? Aku tak rasa laa sebab sakit'
'Yeke? Serius?'
'Serius!'
'Jap,aku tak rasa ketumbit.Aku rasa kau allergic ni!'
'Yeke?'


15 minit kemudian...
'Weh,sebelah lagi bengkak doee!'
'Haah laaa,besar gila kottt.Jom la pegi pejabat,call mak kau!'
'Okay tapi kau pimpin aku,aku tak nampak laa!'
'Gila!Serius ke?'
'Serius laaaa'
'Okay,aku pimpin kau'
Mereka berdua pun bergegas la ke pejabat.Setelah tiba di pejabat,pesakit itu menelefon ibu dia nak pulang.

Kesimpulannyaaa,jangan lah kita mengambil sembarangan ubat tanpa keizinan doktor kerana last last nanti kita kena penyakit lain.Jika anda menghidapi GASTRIK,pegi la cepat cepat lakukan sesuatu supaya ianya tidak memudaratkan diri anda :D dan lagi satu,kalau perut tu di berbunyi macam nak gilaaa,pegila makan.Kesian diaa,lapoooo :B


p/s:semoga cepat sembuh yaaa 'pesakit <3



Friday, January 28, 2011

Dont hate me cause im beautiful...

Assalamualaikummmmmmm :) lama sudah aku tidak berbelog Haha apa khabar semua? *mcm ramai  follower..  Cuti da start. Tak tau nak buat ape?! Cume dalam kepale hotak aku ni berligat ligat fikir pasal kerja rumah yang cikgu cikgu budiman semua bagi mcm tak bagi berehatttt! Hakdoiii. 
Hmph,ape kebaikan kerja rumah??????????

Question mark...

Tanda soal...

Tanda tanya...

Tertanya tanya...

Bertanya tanya...

Dan yang sama seperti di atas*kehabisan idea





Mungkin....

1.Mengkilatkan kepala hotak supaya tidak berkarat seperti besi buruk yang akan dikitar semula
2.Menyenangkan kerja cikgu supaya cikgu boleh duduk je lepas bagi homework dalam kelas
3.Budak budak semua akan takut kalau tak siap homework sebab nanti kena sebat
4.Menguatkan sendi sendi jari apabila menulis dgn banyak
5.Mata diorang akan menjadi cantik kerana sembam siapkan homework smpi lewat malam
6................
7................






Kehabisan ideaaaa Haha Sebenarnye banyak kebaikan nyeee tapi aku malas utk menerangkannye lebih lanjutt.Kalau keburukkannye mungkin hanya satu atau dua mungkin tak ada.Sesungguhnye,kerja rumah tu membantu kita supaya kita rajin :) *konon rajin rajin la siapkan homework yeaaa.Azam aku thn ni,aku nak siapkan homework akuuu! Yeah! Aku Bisaaa! *poyooooo 
Jika ada kesempatan lagi,akan aku berbelog lagi memandangkan tahun ni SPM*takuttt, aku kena hadap buku,dah tak boleh hadap skrin yang tak pernah jemu tgk muka aku :D

Salam,tak jawab dosa kalau jawab sayang *ceth,tiru kak maria plakkkkk